FREE PALESTINE

sahabat blog ana :)


blog ini diwujudnya untuk postkan puisi,sajak,nasyid dan sekutu dengannya :)


Al-Quds bukan hanya masalah bangsa Palestina dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan merupakan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestina.

Wednesday, January 19, 2011

Satu Ummah, Satu Akidah



Daulah khalifah Islamiah,
Dimanakah dikau?
Tidakkah kau mendengar rintihan kanak-kanak Palastin menyeru umat muslimin?
Yang dibunuh kejam oleh kaum kuffar,

Tidakkah kau melihat umat Islam ditindas?
Dibunuh, diperkosa, dijadikan seperti binatang,
Dan bahan mainan murahan,
Dan nyawa dianggap sampah.

Bagaimana nanti kau akan menjawab soalan di akhirat kelak?
Ya Allah, aku telah menyeru umat muslimin agar membantuku namun mereka tidak menjawab seruanku.

"kata seorang kanak-kanak palastine"

Wahai Daulah khalifah Islamiah,
Pintaku kepadamu,
Tegaklah dikau dimasih usiaku ada tersisa,
Agar menyinari dunia Islam yang malap,
Agar dunia ini dipenuhi keadilan dan keamanan,
Agar pembela kepada umat akhir zaman ini.

Daulah Empayar Islammiah,
Ingin sekali ku merasai keadaan yang digambarkan oleh sejarah,
Kerana aku ingin sekali merasainya,
Tiadalah manis kecuali melihat kibaran bendera tauhid,
Yang terpacak kembali di bumi Allah.

Daulah empayar Islammiah,
Jatuh bangunnya sesuatu kerajaan adalah sunnatullah,
Janji Allah tidakkan akan berubah,
Kembangkitanmu dinanti oleh umat Islam,
Diiringi oleh air mata kesyukuran,
Walaupun kebangkitanmu dirintangi benteng penghalang,
Namun, kebathilan itu akan tetap lenyap pastinya.

Daulah Khalifah Empayar Islamiah,
Semangatku menggulung umpama ombak,
Ketika membaca zaman kegemilanganmu mengusai dunia,
Dipimpin oleh pemimpin yang bertakwa,
Yang jauh sekali dengan dunia tetapi dekat kepada Allah.

Wahai umat Islam,
Bersatulah kamu dibawah kalimah tauhid kebenaran,
"Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah"
Kerana setiap muslim itu bersaudara,
Mara, dan teruskanlah langkah ke arah itu,
Agar yang pasti kebangkitanmu dinanti.


iluvislam.com

No comments:

Post a Comment