sahabat blog ana :)


blog ini diwujudnya untuk postkan puisi,sajak,nasyid dan sekutu dengannya :)


Al-Quds bukan hanya masalah bangsa Palestina dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan merupakan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestina.

Sunday, March 18, 2012

Hantarkan Ku Ke Sana~


Gejolak yang membuncah memenuhi dada ini…
Bersama rasa  rindu yang mendalam…
Dari hamba yang berlumur dosa dan kealpaan…
Berharap dapat bersua dengan-Mu…
Wahai Rabbul`alamiin…

Dengan taubat ku berharap…
Kuatkan jiwa ini mendatanginya…
Kukuhkan langkah kaki ini menempuhnya…
Azzamkan niat ini dalam mencapainya…
Ikhlaskan hati ini menjalaninya…

Aku rindu…aku rindu…aku rindu…
Rindu berjumpa dengan-Mu dalam SYAHADAH
Rindu bersua dengan-Mu dalam IMAN
Rindu bersama-Mu dalam TAUHID

Rindu indahnya hidup dalam naungan redho-Mu…
Syari`at ISLAM…Daulah ISLAM…Khilafah ISLAM


Duhai Allah yang tiada sekutu bagi-Mu…
Hantarkanlah kerinduanku ini…
Mudahkanlah…
Lapangkanlah…
Untuk raih cita-cita…

HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID! 

Aku berharap termasuk yang Kau hantarkan….
Redhoi dan kabulkanlah…
Amin ya Allah, ya Rabbal`alamiin…

Tuesday, February 7, 2012

ku berubah keranaMU~


Ya Allah...
pernah satu ketika dahulu aku jatuh
jatuh yang mencekam jiwa ku
sakitnya....sakitnya... :'(

Namun ku bangun~
kerana ku tahu KAU berada di sisiku
KAU beri kata-kata semangat melalui AL-Quran
dengan tulang yang hampir rapuh kerana dosa, aku bangun!

KAU berfirman bahawa,
KAU tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mahu berubah
KAU berfirman lagi bahawa KAU MAHA membolak balikkan hati hamba-hambaMU
dan kini KAU telah membawaku kejalan yang KAU redhoi,

Hamba tidak tahu bagaimana nak digambarkan perasaan ini
tulisan-tulisan ini, tidak mampu memberi gambaran sebenar,
kerana gambaran yang sebenar-benarnya ada di hatiku..

Ya Allah moga KAU redho perjuangan yang kecil ini.
Hamba hanya mampu buat apa yang termampu.

coretan Hati:
hambaMU

Wednesday, September 21, 2011

Sahabat

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
===========================

Sahabat
Perjuangan ibadah kita
Hakikat insan dihidupkan
Dimatikan bila tugas selesai
Itulah janji Tuhan.

Sahabat
Apa lagi yang tak pasti
Kebatilan akan pastinya runtuh
Islamkan tertegak atas kebenarannya
Tegakkan keyakinan.

Sahabat..
Apa lagi yang kau ragukan
Adalah sunnah Rasullahlah
Yang sikit akan pasti menang
Dengan bantuan Allah.

Sahabat
Apa lagi yang kau sedihkan
Darjatmu tinggi di sisi Tuhan
Kiranya kau insan bertakwa
Kiranya kau insan beriman.
 
 

Tuesday, July 5, 2011

Tiada Kata Terucap~


Tiada kata terucap,

Madah puisi ingin bicara,
Membyg indah ukhuwah tersingkap,
Pengikat kami yang sangat kuat.


Tiada kata terucap,
Walau kalam menitik dakwat,
Mengisah kita tiada terhad,
Kisah kita yang terus bersahabat


Tiada kata terucap,
Walau menggambar atau melukis,
Menjadi satu hiasan lukisan,
Hanya bersandar satu kiasan.


Tiada kata terucap,
Jejak kita terpahat kuat,
Walau ditimpa panas gerimis,
Masih segar ingatan manis.



Tiada kata terucap,
Masa kian terus berjalan,
Meninggal kita terus ke hadapan,
Sesekali tidak putus persahabatan.


Tiada kata terucap,
Hanya bisa mengungkap kata,
Lidah kelu , sedih terasa,
Mengingat kisah kita bersama.

Saturday, May 21, 2011

Wahai Sahabatku~


Wahai Sahabat~
Walau di mana pun kalian,
Walau apa pun pilihan kalian,
Walau apa pun dugaan yang mendatang kini,
Yakinlah Allah sentiasa bersama kita.

Wahai Sahabat~
Jangan di putus Ukhuwah yang di meterai,
Jangan di rosakkan kepercayaan di yang diberi
Jangan di buang 'permata' yang Allah beri,
Moga ia menjadi penyelamat menuju syurgawi.



Walai Sahabat~
Sentiasalah berdoa buat sahabatmu yang lain,
Jangan tinggalkan mad'u kita walau di mana sahaja kalian,
Jangan angkuh dengan kelebihan yang Allah beri,
Kelak kita akan binasa

Wahai sahabat~
jaga nama keluargamu...
jaga auratmu...
jaga solatmu...
jaga peribadimu...


JADIKAN MALU PERISAIMU
SALAM UKHUWAH FISABILILLAH,
ANA SAYANGKAN KALIAN KERANA ALLAH,
BERSAMA KITA MENUJU JANNAH! :)



Saturday, May 7, 2011

Kerana Dirimu Sangat Berharga



Saban hari ia dilaporkan
Seolah bukan lagi perkara mengejutkan
Walhal ia bukan persoalan biasa
Ia persoalan hukum, persoalan balasan hari kemudian
Jiwa kecil tidak berdosa menjadi taruhan nafsu tanpa batasan


Wahai jiwa...
Kembalilah kepada asalmu
Kembalilah kepada fitrah kejadianmu
Tanyalah pada diri ke mana akan dibawa masa depanmu
Andai pernah terjatuh dan tersungkur, bangunlah
Belajar agar tidak tersungkur lagi



Usah dicipta alasan untuk berubah
Usah juga akur pada lemah dan kurangnya diri
Bukankah manusia itu makhluk paling istimewa yang tercipta
Kerana padanya ada akal dan hati
Akal yang menimbang baik dan buruk
Hati yang melahirkan kehalusan jiwa
Hati memandu akal berfikir
Namun dalam hati perlu ada iman
Jangan dibiar tandus dan gersang


Usah juga akur pada bisikan yang melemahkan
Kerana untuk menjadi nutfah
Perlu yang terpantas, terkuat mengharung rintangan
Nah! kekuatan itu ada dalam setiap jiwa
Sayangi dirimu sebelum mengasihi orang lain


Yakinlah... Masih ada masa
Selagi roh belum terpisah dari jasad
Selagi sangkakala belum ditiupkan
Selagi pintu taubat masih terbuka
Namun, usah bertangguh
Mulakan dengan langkah pertama
Mulakan dengan nama Allah, Dia pasti bersama



Nikmatilah usiamu
Tapi bukan dalam dosa dan noda
Berusaha bukan berdiam
Bertindak bukan menanti
Kerana syurga itu mahal harganya
Juga Kerana dirimu sangat berharga


Wednesday, March 16, 2011

.: ANA :.

Ana,
tidak sehebat para Jundullah(tentera Allah),
tidak sehebat para Da'ie,
tidak sehebat para Srikadi,
NAMUN Syahid cita-citaku!

Ana,
tidak sehebat KALIAN,
tidak sehebat para Ulama',
JAUH sekali para Anbiya',
NAMUN Syahid cita-citaku!

Ana,
tidak sehebat Siti Khadijah r.a,
tidak sehebat Aisyah r.a.
Apatah lagi sehebat Fatimah r.a,
NAMUN Syahid cita-citaku!




ya Allah....
Hamba tidak sehebat para jundullah(tentera Allah),
Hamba tidak sehebat para Syuhada'
Bahkan kadang-kadang hamba tidak mampu....
Tidak mampu membawa keluarga dan sahabat ke jalanMu.

ya Allah...
Sesungguhnya ya Allah....
Engkau mengetahui setakat mana kemampuanku..
Masukkanlah kami ke SyurgaMu bersama Rasulullah S.A.W.

ya Allah...
Ampunkan dosaku,keluargaku,sahabatku serta saudara/i seAkidahku..
Allahuma Amin...