Menangis sayu diriku tika melihat saudara seislamku di Palestin,
Berderai air mataku tika melihat Masjidil Aqsa cuba di robohkan Israel LAKNATULLAH,
Namun apa yang dapat kita lakukan?
Hanya melihat??
Saudaraku..
Di sini...
Kita leka dengan kehidupan duniawi,
Kita berebut sesama sendiri kerana hal yang kecil sahaja,
MENGAPA kita tidak cuba merebut Redha Allah??
Bukankah itu lebih penting?
Saudaraku..
Tika kita di sini makan makanan yang sedap,
Apakah tidak terdetik langsung di hati,
makanan apakah yang di makan saudara kita di Palestin?
Minuman apakah yang di minum mereka??
Saudaraku,
Kita tidak sedar,
Banyaknya beza kita dengan mereka,
Mereka sanggup tidak makan hanya kerana mempertahankan negara,
Mereka lebih rela memburu Syahid daripada melihat saudara mereka di bedil zionis.
Saudaraku,
Iya! Kita mungkin tidak mampu menolong mereka dengan mengangkat senjata ke sana,
Namun! Adakah kita mendoakan mereka setiap hari?? Setiap solat??
Jika kita boleh mendoakan teman “istimewa” kita setiap hari,
Apakah tidak boleh kita mendoakan kesejahteraan
SAUDARA SEAGAMA kita??
SUSAH KAH? PERLUKAN BANYAK TENAGAKAH UNTUK DOA????
ITU SEMUA ALASAN!
Saudaraku,
Bangkit lah kalian! Bangkit lah dari lena yang panjang...
MEREKA MEMERLUKAN KITA!
MEREKA MENGHARAPKAN KITA!
MEREKA MEMERLUKAN DOA KITA UNTUK HANCURKAN ZIONIS TERLAKNAT ITU!
DOA ADALAH SENJATA MUKMIN!
AYUH KITA BANGKIT! Mulakan dengan nama Allah, Dia pasti bersama!
Wallahu’alam.
pesanan buat diriku dan dirimu wahai saudaraku.
kembaraislamku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment