sahabat blog ana :)


blog ini diwujudnya untuk postkan puisi,sajak,nasyid dan sekutu dengannya :)


Al-Quds bukan hanya masalah bangsa Palestina dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan merupakan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestina.

Monday, March 1, 2010

~SiapaLah DiriKu iNi~



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah.
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan.
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah,
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...

No comments:

Post a Comment