FREE PALESTINE

sahabat blog ana :)


blog ini diwujudnya untuk postkan puisi,sajak,nasyid dan sekutu dengannya :)


Al-Quds bukan hanya masalah bangsa Palestina dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan merupakan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestina.

Sunday, February 14, 2010

Mengintai Redha Ilahi..

Aku insan biasa
HambaNya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya
Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingatiNya
Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma

Dosa dan noda telah menggelapkan hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu pemberian ILLAHI

Mati itu suatu yang amat pasti
Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini
Aku bertaubat pada Yang Maha Esa
Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI
Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya
Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa

Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu
Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka
Ampunkanlah dosa-dosaku
Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini??
Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??

Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna
Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa
Terimalah taubatku ya Tawwab..
Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..
Redhailah kehidupanku ya Allah..
Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..

No comments:

Post a Comment