FREE PALESTINE

sahabat blog ana :)


blog ini diwujudnya untuk postkan puisi,sajak,nasyid dan sekutu dengannya :)


Al-Quds bukan hanya masalah bangsa Palestina dan bangsa Arab saja. Tetapi masalah seluruh umat Islam, bahkan merupakan masalah kemanusiaan secara keseluruhan. Atas dasar pandangan akidah inilah seluruh umat Islam wajib memahami kondisi dan permasalahan Palestina.

Thursday, February 18, 2010

BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH.



Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yg serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun org yg hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tdk berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna utk yg tinggal
Bukan yg pergi

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan utk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah'
Dgn penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jln kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yg kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jln
Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan



Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
isteri,kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA......

No comments:

Post a Comment